Monday 29 October 2018

Inilah cara membezakan ikan keli makan dedak atau makan babi



Ikan Keli merupakan ikan air tawar dan banyak terdapat di kawasan sawah dan paya. Di Malaysia, penternakan ikan keli merupakan salah satu cabang penyumbang ekonomi bagi bidang pertanian.

Masakan ikan keli kebiasaannya boleh didapati dimana-mana gerai makan nasi campur. Resepi popular untuk masakan ikan keli adalah seperti masak sambal kering dan sambal cili padi. Kedua-dua jenis masakan ini memang betul-betul kaw! kaw! sedap. Selain itu masak lemak cili padi juga menjadi kegemaran ramai.

Tetapi banyak kali kita dikejutkan dengan kes ternakan ikan keli yang diberi makan dari sumber yang haram di makan oleh muslim, contohnya dari daging ‘BABI’ dan benda-benda kotor yang lain.

Jom kita lihat perbezaan ikan keli yang makan bangkai dan makan dedak :

Makan bangkai (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi.

· Kepala berbentuk ‘V’· Bentuk badan mirip torpedo · Badan berwarna hitam berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak]

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)· Kepala berbentuk ‘U’ · Bentuk badan tirus · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan · Digoreng tidak meletup

Diharapkan semoga info ini berguna kepada anda sewaktu hendak membeli ikan keli dipasar.

Sumber: mynewsvibes

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum makan ikan keli atau patin yang diberi makan daging khinzir?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam menjawab soalan ini, isunya terkait hukum memakan haiwan Jallalah, yakni haiwan yang halal dimakan tetapi memakan najis, ialah makruh tanzih menurut pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie. Perkataan “Jallalah” pada asalnya merujuk kepada unta yang memakan tinja haiwan sehingga nyata bau busuk keluar daripada haiwan tersebut. Namun hukumnya juga terpakai kepada haiwan-haiwan lain yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan ayam.

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai bagaimana cara hendak mengenali haiwan Jallalah. Sebahagian mereka berpendapat jika majoriti makanan haiwan berkenaan ialah najis maka ia diiktibar menjadi haiwan jallalah. Manakala sebahagian lain, termasuklah ulama mazhab Syafie, tidak mensyaratkan banyak atau sedikit, tetapi apabila zahirnya bau dan bau tengik atau busuk najis tersebut, seperti bau tinja yang dimakan itu, daripada haiwan tersebut, atau berubah dagingnya, pada warna, bau dan rasa.

Fuqaha juga berselisih pendapat pada hukum memakannya. Sebahagian mereka menyatakan halal memakannya, sebahagian juga mengatakan haram memakannya. Pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie ialah makruh tanzih. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar R.anhuma:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (no. 3785).

Daripada Ibn Abbas R.anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ لَبَنِ الْجَلَّالَةِ

Maksudnya: Bahawasanya Nabi SAW melarang daripada meminum susu daripada binatang Jallalah.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (no. 3786).

Meskipun hadis berbentuk larangan, namun larangannya bersifat makruh tanzih kerana kuantiti najis itu tidak cukup banyak untuk mengubah daging itu, justeru ia tidak menjadi haram. Larangan ini juga mencakupi hukum bagi telur, contohnya telur ayam atau burung.

Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/28), Nihayah al-Muhtaj (8/156), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/558-559) dan Sahih Fiqh al-Sunnah (2/344-345)

Para ulama juga berpendapat cara untuk menghilangkan hukum makruhnya ialah:

    Dengan mengkuarantinkan haiwan Jallalah sehingga bau busuk itu hilang;
    Dengan memberi makan makanan yang halal sehingga hilang baunya;
    Mengkuarantinkan selama tiga hari atau lebih sehingga hilang baunya. Inilah pendapat dalam mazhab Hanbali. Rujuk Al-Mughni oleh Imam Ibn Qudamah (9/414). Begitu juga pendapat Ibn Umar dalam hal ayam Jallalah. Rujuk Musannafoleh Ibn Abi Syaibah (no. 24608). Imam Ibn Hajar mengatakan sanadnya sahih. Rujuk Fath al-Bari (12/498).

Justeru, melihat kepada keterangan di atas, ikan keli atau patin yang diberi makan daging adalah termasuk dalam kategori Jallalah jika zahir bau dan bau tengik daging babi tersebut. Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantinkan ikan tersebut selama 3 hari sehingga hilang bau najis sebelum dimakan atau dijual.

Wallahua’lam.

Sumber: muftiwp.gov.my

SUMBER

20 Produk Milik Robert Kuok Yang Digunakan Setiap Hari Yang Ramai Tak Tahu



Sesuai dengan gelaran beliau sebagai Raja Gula, pastinya ramai yang mengetahui billionaire Robert Kuok berjaya mengumpulkan kekayaan melalui perniagaan gula beliau.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah untuk bergelar sebagai manusia paling kaya di Malaysia, Robert Kuok tidak hanya bergantung kepada perniagaan gulanya semata-mata sebaliknya beliau telah membina sebuah empayar perniagaan dengan melabur di dalam pelbagai jenis sektor perniagaan.

Selain bergelar The Richest Man in Malaysia, Robert Kuok turut dinobatkan sebagai manusia yang keenam terkaya di dalam Asia Tenggara dengan nilai aset sebanyak RM61.28 billion (Forbes).

Selain daripada dikenali ramai kerana kekayaan miliknya itu, Robert Kuok turut terkenal sebagai seorang media shy kerana sifat pemalunya untuk berhadapan dengan pihak media.

Pemilik Kuok Group ini sebenarnya memiliki cabang perniagaan yang lain di serata dunia, antaranya adalah PPB Group Berhad, Federal Flour Mills (FFM) Berhad, Kerry Properties, Chemquest, Shangri-La Hotels and Resorts dan Wilmar International.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui ianya merupakan milik manusia paling kaya di Malaysia itu. Antaranya adalah:

1. Shangri-La Hotels and Resorts

Hotel pertama Shangri-La ini telah dibina pada tahun 1971 di Singapura dan ianya merupakan langkah pertama Robert Kuok ketika berkecimpung di dalam dunia perniagaan hartanah dan hotel.

2. Tepung Cap Sauh

Jenama Cap Sauh ini merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat FFM Berhad milik Robert Kuok.

3. Tepung Blue Key

Juga merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh FFM Berhad.

4. Roti Massimo

Jenama roti yang merupakan pesaing utama kepada jenama Gardenia.

5. Makanan beku dan tin Marina.


6. Minyak masak, telur dan makanan beku jenama Seri Murni.


7. Minyak masak jenama Neptune.

8. Minyak masak jenama Kyrstal.

9. Shamu nata de coco.

10. Rangkaian panggung wayang, Golden Screen Cinemas.

11. Susu soya V-Soy.

12. Berus gigi Jordan.

13. Susu formula kanak-kanak dan lepa mentenga Snow Brand.

14. Star Brand.

15. Produk pembersihan rumah, Goodmaid.

16. Racun serangga, Blacktop.

17. Peluntur Cocorex.

18. Minyak dan krim kelapa jenama S&P.

19. Makanan beku, Kart’s.

20. Minuman herba Orang Kampung.

Monday 22 October 2018

Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca

Keracunan laksa: KKM sahkan bakteria sebagai punca
Bakteria dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan agen penyebab keracunan makanan laksa baru-baru ini berpunca daripada bakteria 'salmonella enterica serovar weltevreden'.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian 'Pulse Field Gel Electrophoresis' (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada Ahad mendapati bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa.

"Bakteria tersebut dikesan daripada mi laksa yang dibeli pada 4 Okt dari gerai terbabit. Mi laksa tersebut dihasilkan di premis pemprosesan milik pengusaha yang juga tuan punya gerai.

"Faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih serta suhu penyediaan semasa pemprosesan selain suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman," katanya dalam kenyataan di sini.
BACA: Mati akibat laksa? Jabatan Kesihatan Kedah, Perak siasat dakwaan 

Jumlah keseluruhan kes kekal 83 termasuk dua kematian susulan kejadian keracunan makanan yang berpunca dari memakan laksa yang dibeli di sebuah premis di Kupang, Baling, Kedah pada 8 Okt lepas.

Mengikut pecahan, 34 kes termasuk dua kes kematian dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor, dengan kesemua yang dirawat telah dibenarkan pulang.

BACA: 42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling

BACA: Keracunan laksa: KKM sahkan 19 kes baharu 


'Salmonella enterica serovar weltevreden' merupakan salah satu serotaip bakteria 'salmonella spp' yang boleh menyebabkan gejala seperti demam, muntah, sakit perut dan cirit birit berpunca daripada pencemaran makanan serta air.

Menurut Dr Noor Hisham, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Baling telah memaklumkan hasil keputusan siasatan ini kepada pemilik gerai terbabit.

"Gerai yang ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 pada 8 Okt boleh dibuka semula sekiranya mematuhi sepenuhnya Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kesihatan Makanan 2009 dan keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

-- BERNAMA