Monday 3 August 2015

Isu Kontroversi Kicap ABC asli vs Kicap ABC tiruan

HARIAN METRO Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/11

Kuala Lumpur: Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya.

Bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diketuai Kamaruddin Mohammad Yassin bersama sembilan pegawai melakukan serbuan ke premis berkenaan di Taman Taynton, Cheras, di sini, semalam.

Difahamkan, botol yang diimport dari Thailand itu dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.

Pengarah PPDNKK WPKL Abu Samah Shabudin berkata, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama dua bulan selepas aduan diterima daripada pengguna.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangkicap__8216_botolarak__8217_/Article#sthash.uHrzAbrM.dpuf

Foto

PEGAWAI penguat kuasa PPDNKK WPKL memeriksa kicap diletakkan dalam botol arak yang dikesan di sebuah kilang di Cheras. Gambar kecil, kerja pemprosesan dalam persekitaran amat kotor.



BERITA HARIAN 2014/06/10

“Pihak kami berjaya merampas sebanyak 2,000 botol kicap, 20,000 botol kosong dan mesin pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM150,000.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangkicap__8216_botolarak__8217_/Article#sthash.uHrzAbrM.dpuf


Kenyataan itu dikeluarkan di laman web JAKIM berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk berkenaan adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal JAKIM.

"Produk itu dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf JAKIM. - BERNAMA

http://www2.bharian.com.my/articles/BihunIstimewa_capmasjidtiadasijilhalalJAKIM-PengarahHabHalal/Article/



BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC


BEZA ANTARA KICAP MANIS ABC GUNA BOTOL ARAK (TIRUAN) DENGAN YANG ORIGINAL




'Bihun Istimewa' cap masjid tiada sijil halal JAKIM - Pengarah Hab Halal



KUALA LUMPUR: 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web JAKIM berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk berkenaan adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal JAKIM.

"Produk itu dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf JAKIM. - BERNAMA

SUMBER

Sunday 2 August 2015

Alla Fonte Air mineral asli dari sumber



Alla Fonte adalah jenama Air Mineral yang terdiri daripada Botol 5.5 Liter, 1000ml, 500ml, 350ml. Alla Fonte adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Mofaz Direct SA Sdn. Bhd yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Syarikat Mofaz Direct SA Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Islam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari

SUMBER

PANDUAN PENENTUAN MAKANAN HALAL MENURUT PANDANGAN ULAMA SERTA KESANNYA TERHADAP IKS MUSLIM DI MALAYSIA

DOWNLOAD

Perusahaan Azan Sdn. Bhd semakin maju



Perusahaan Azan Sdn Bhd menerusi jenama Biskut Azan optimis capai sasaran jualan RM800,000 sehingga RM1 juta sebulan, apabila kilang sedia ada yang dalam proses naik taraf siap sepenuhnya pertengahan April ini.

Pengarah Urusannya, Mohd Ghazali Abu Bakar, berkata, setakat ini jualan bagi jenama itu mencecah RM200,000 sebulan dengan jumlah pengeluaran 50 tan tepung sebulan dan dua tan tepung sehari.

“Selepas kilang itu siap nanti, kami yakin dapat meningkatkan pengeluaran sehingga tiga kali ganda kepada 200 tan tepung sebulan.

“Kilang kami di Kuala Pilah kini dalam proses naik taraf menggunakan dana yang dikeluarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.8 juta bagi menampung kapasiti pengeluaran bagi permintaan tempatan dan antarabangsa,” katanya, yang mengeluarkan pelbagai produk biskut kering seperti Biscottes Rondes, Wholemeal, Long Rusks dan Crispy Sweet Toast.

Menurutnya, jenama itu boleh diperoleh secara meluas di pasar raya Mydin dan Giant serta bakal menembusi semua pasar raya besar seluruh negara April nanti.

Mohd Ghazali berkata, Biskut Azan juga boleh diperoleh di 4,500 kedai runcit tradisional dan turut dijangka meningkat sehingga 10,000 kedai serentak apabila kilang itu mula operasi kelak.

Katanya, syarikatnya turut mengambil kontrak kerajaan dengan membekalkan Biskut Azan ke penjara dan hospital serta beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan menu roti.

“Selain pasaran tempatan, jenama Azan juga telah memasuki Oman, Dubai, Iraq dan bakal menerokai pasaran Indonesia, Hong Kong serta China tahun ini.

“Kami juga giat menjalankan promosi produk ke peringkat antarabangsa menerusi pameran yang dianjurkan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya yang beroperasi sejak 1969 secara kecil-kecilan sebelum diperbadankan pada 1975.

SUMBER

Biskut Azan



Azan adalah jenama Biskut yang terdiri daripada Biskut Bulat, Biskut Wholemeal, Biskut Panjang. Azan adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Perusahaan Azan Sdn Bhd yang berpengkalan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Syarikat Azan (M) Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Islam.

SUMBER

MI BULAT ( YELLOW DRIED ROUND NOODLES )



MI BULAT ( YELLOW DRIED ROUND NOODLES )
- Berat ktn ( Ctn weight ) : 6.2 kg
- Unit/ktn ( Pcs/ctn ) : 12 unit

SUMBER

Mee Sanggul Melayu



SUMBER

PERENCAH HILAL

SUMBER

SARDIN PERTIMA



Description:
COMPANY:PERTIMA TRENGGANU SDN BHD
ADDRESS:
KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA
.
Tel :+609 617 1211 / 1411 / 1322
MOBILE:+6019 9562 663
CONTACT PERSON: MOHAMMAD B. LATEF
Fax :+609 617 1246
Email : pertima@streamyx.com / pertima@tm.net.my / pertima72@yahoo.com
FACEBOOK: Pertima Terengganu
WEBSITE: www.pertimaterengganu.com.my
.
PRODUCT:CANNING OF FISH, CRUSTACEANS AND MOLLUSKS
BRAND: PERTIMA

http://www.pertimaterengganu.com.my/

VIDEO

IMAN INSTANT FOOD



SUMBER
VIDEO

Iman, Hilal tembusi pasaran antarabangsa



Alor Setar: Produk makanan segera jenama Iman dan Hilal milik syarikat Zinon Food Industry makin berkembang pesat dan kini mampu menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Ireland, Arab Saudi, Australia, Singapura dan China, hasil khidmat nasihat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Pemiliknya, Zinol Abidin Daud berkata, selain khidmat nasihat, dia juga mendapat dua jenis bantuan daripada NCIA iaitu peruntukan membangunkan sumber bahan mentah daripada hasil pertanian dan peruntukan kilang.


Melalui peruntukan membangunkan sumber bahan mentah, dia kini mengusahakan tanah seluas 40.4 hektar di Sungai Senam, Sik bagi menanam pokok kari, limau purut, serai, kantan, daun kesum dan rebung madu.

“Pada tahun ini, semua tanaman itu akan mengeluarkan hasil. Selain menjadi pusat mengeluarkan hasil, ia juga berperanan sebagai pusat pemprosesan bahan mentah serta menjadi pusat belian hasil daripada penduduk kampung berdekatan,” katanya.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iman_Hilaltembusipasaranantarabangsa/Article/index_html#sthash.vpPvYTe7.dpuf

Nilai Muslim Shoppe



Kami menawarkan pelbagai produk HALAL lagi THOYYIBAH di MUSLIM SHOPPE..sebagai makanan kesihatan dan rawatan alternatif!
Jagalah pemakanan semasa sihat!
Suffy Goat, Susu Irfan, Susu Halib's, Air zamzam, cuka kurma, cuka epal, pati delima, air minuman coklat , habbatus sauda, produk agromas, rempah masakan, produk Hilal, Biosinar, kopi Sawda, susu kambing, madu Khaula dan berbagai lagi....
Anda perlukannya, kami sediakannya. Anda juga boleh order produk yang tidak terdapat dalam senarai kami, InsyaAllah kami dapatkannya...
Terima kasih kerana menyokong produk Muslim hasil tangan2 yang berzikir mengingati ALLAH! Kini! Anda juga boleh menjadi peniaga barangan HALAL dengan modal yang berpatutan! Dapatkan barangan kami dengan harga borong sebagai langkah pertama!

SUMBER