Saturday, 25 July 2015
Kedai Perfume Melayu Original vs Kedai Perfume Chayanunalip Original di Klcc/Pavilion
Kedai Perfume Melayu Original vs Kedai Perfume Chayanunalip Original di Klcc/Pavilion -(Kisah Benar, yang terer je baca sampai habis)
1. Sehingga hari ini, ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam pelbagai sektor sehingga mewujudkan kenaikan golongan pertengahan ataupun dipanggil "middle class income" yang semakin hari lebih ramai orang Melayu yang mampu membeli perfume sekitar harga RM300 keatas. Jadi kebanyakkan dari golongan pertengahan ini memiliki perfume atau minyak wangi yang mereka akan beli untuk setiap 2-3 bulan sekali.
2. Ramai antara Melayu di golongan pertengahan ini, hanya membeli perfume dari outlet outlet milikan cina seperti di Isetan, Klcc dan Parkson, Pavilion serta di Mall mall besar yang lain. Pembelian mereka di Mall mall besar bertaraf 5 bintang ini kerana mereka mahu menumpukan pada ke-"originality"-an sesuatu perfume bagi mencapai kepuasan pembelian mereka. Dan kita semua tahu rata rata tidak ramai sebenarnya pemilik Kedai Perfume Original milik Melayu kerana rata rata industri perfume ini sememangnya zaman berzaman dimonopoli oleh kaum Cina. (ini fakta, tidak berniat rasis)
3. Oleh itu usaha gigih saya dalam membantu ekonomi orang Melayu dari pelbagai sektor perniagaan adalah menjadi matlamat dan prinsip hidup saya. Saya telah membantu mempromosikan apa sahaja barangan Melayu bermula dengan pelbagai pendedahan barangan makanan, minuman, kedai buku (Mph), syarikat telekomunikasi (Altel), kedai cermin mata(Menara Optometry), bengkel kereta-motor, farmasi dan kini memasuki kedai perfume original.
4. Selepas berbulan mengkaji, akhirnya saya bersama rakan saya yang memang hobi sahabat saya ini suka membeli perfume berjenama, kami turun sendiri ke kedai yang dinamakan "Perfume Slash" ini bagi mengesahkan kedai milik Melayu ini sememangnya menjual perfume yang original. Kedai Perfume Slash ini mempunyai 2 outlet iaitu di:
*Lot-M31, M-Floor, Ampang Point, Ampang, Selangor (berhadapan kedai Anakku Sayang)
*Lot-G05, G-Floor, Aeon AU2, Setiawangsa, KL (bersebelahan lift)
5. Kami pergi ke Ampang Point untuk meneliti satu persatu produk disitu. Saya agak terkejut kerana kebanyakkan perfume yang dijual adalah sama seperti outlet milik cina di Klcc/Pavilion. Antara jenama yang dijual adalah Dunhill, Giorgio Armani, Gucci, Burberry, Calvin Klein, Guess, Dkny, Hugo Boss, Prada, Chanel, Dior dan harganya jauh lebih murah dari outlet outlet cina di Klcc atau Pavilion. Kami disapa dan dilayan oleh seorang lelaki Melayu didalam kedai itu bertanyakan perfume apakah yang kami cari? Sebelum kami menjawab, saya bertanyakan "adakah kedai ini milik Melayu?" Dan lelaki itu senyum dalam nada rendah diri menjawab "Ya ia milik Melayu dan ini kedai saya"
6. Kami sungguh bertuah kerana saat kami mahu meninjau kedai Perfume Slash ini, kami dapat berjumpa terus dengan pemilik kedai. Mungkin kerana kami berniat baik sebab tujuan kami datang mahu mempromosikan kedai Perfume Original milik Melayu Islam ini. Rakan saya terus bertanya, "mengapa jenama jenama perfume disini dapat menjual dengan harga yang lebih murah dari perfume di Klcc/Pavilion? Adakah betul perfume disini semuanya original?".
7. Dia menjawab "Di Klcc/Pavilion, mereka pemilik kedai cina markup dan jual dengan harga yang tinggi kerana orang ramai ditipu kononnya... hanya Klcc, Pavilion dan mall mall yang bertaraf 5 bintang ini yang menjual perfume original... Saya secara terus terang mengambil dari supplier yang sama seperti mereka orang cina... Saya dapat berhubung dengan supplier yang sama, jadi mengapa kedai cina seperti di Klcc dan Pavilion menjual dengan lebih mahal? Lihat sesetengah jenama saya jual dengan harga yang berpatutan... seperti:
*Davidoff - RM139
*Hugo Boss - RM161
*Calvin Klein One - RM152 (jika outlet cina Pavilion RM220)
*Dunhill Desire - RM190 (jika outlet cina Pavilion RM270)
*Bvlgari Aqva - RM236 (jika outlet cina Pavilion RM300)
*Versace - RM257 (jika outlet cina Pavilion RM310)"
8. Pemilik Kedai Perfume Slash ini juga memberitahu, "walaupun sesetengah harga perfume tidak jauh beza dari Klcc, Pavilion ini kerana saya mengambil dari agen dan agak sukar mereka mengenalkan saya pada supplier mereka... Tetapi majoriti produk telah saya dapat berhubung terus dengan supplier... Apapun jaminan saya adalah perfume saya original dan harga di kedai saya pasti murah berbanding outlet outlet cina di Shopping mall yang besar besar itu. Tambahan pula kedai saya absorb GST/Free GST" -kata pemilik kedai.
9. Saya terus bertanya lagi "mengapa kedai encik boleh absorb GST/Free GST.... Rugilah nanti...." Beliau menjawab "SST yang saya kenakan dulu lebih tinggi berbanding GST sekarang... bukti saya absorb GST adalah harga sebelum GST dilaksanakan dan selepas GST dilaksanakan adalah sama... harga perfume saya semua tidak bertambah... Malah sesetengah produk turun harga! Tanyalah mana mana pelanggan tetap saya, mereka tahu akan hal ini..." -kata pemilik kedai Perfume Slash itu.
10. Dalam hati saya, "kalau perfume tak original, mana boleh untung ratusan ribu. Hanya jualan kedai yang untung ratusan ribu ringgit yang dikenakan GST. Jadi ada logiknya kedai perfume Melayu ini adalah genuine businessman, bukan perfume uptown/downtown". Saya terus berjalan jalan didalam kedai dan melihat apakah hanya branded perfume sahaja dijual atau ada pilihan lain? Saya melihat kedai Perfume Slash ini juga menjual jenis jenis lain seperti kategori Body Mist, Body Lotion, Miniature Set Form(perfume kecil2 saiz besar botol capkapak), Minyak Attar(woww pada yang minat tak perlu cari ke Masjid Jamek yang sesak), Arabic perfume jenama Al halal, Al haramain (bermula RM69 saja, murah!)
11. Saya bertanyakan lagi "ada tak jual set untuk perkahwinan atau pertunangan sebagai hadiah hantaran/dulang hantaran?" Beliau menunjukkan jarinya ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya kami kerana pelbagai set set yang dilengkapi penuh sememangnya ada dijual untuk set perkahwinan/pertunangan mahupun hadiah harijadi. Saya sangat gembira melihat orang Melayu mampu bersaing setaraf dengan outlet cina di Pavilion, Klcc dan saya terus membeli 3 perfume dari kedai beliau. Akhirnya saluran duit saya ini dapat saya salurkan kepada kedai pemilik Melayu Islam. Dimana saya dapat membantu ekonomi orang Melayu Islam dan keuntungan tersebut sudah pasti beliau membayar zakat. Yang paling penting!! Kepuasan hati saya membeli perfume original!!
Kesimpulan.......
Alamat kedai:
*Lot-M31, M-Floor, Ampang Point, Ampang, Selangor (berhadapan kedai Anakku Sayang)
*Lot-G05, G-Floor, Aeon AU2, Setiawangsa, KL (bersebelahan lift)
No Telefon kedai jika tak jumpa:
Ampang Point: 0342532660
Aeon AU2 Setiawangsa: 0342563600
Jaminan Produk:
*Kualiti Perfume tetap Original tambahan absorb GST/Free GST
Website dan email:
www.facebook.com/slashperfumeries
Slashperfumeries@yahoo.com
Notakaki: Dah baca panjang panjang ni jom sebarkan click share, korang mungkin tak minat perfume, tapi kalau korang click share kawan korang mesti terbaca dan mungkin diorang minat. Kalau korang tak bantu sapa lagi nak bantu ekonomi Melayu Islam? Anggap sajalah click share sebagai salah satu bantuan kecil yang termampu korang buat. Dalam masa yang sama dengan tersebar melalui click share ni kita dapat pecahkan monopoli industri perfume kaum cina. Sapa baca sampai habis click like satu kali!
Yang ikhlas menghasut,
-ketua pengakap-
SUMBER
Labels:
ISU PANAS,
PERFUME,
PRODUK MUSLIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment