Saturday, 25 July 2015

Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia @ PEKA



Latar Belakang

Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan Bumipurtra Malaysia (1991) telah ditubuhkan pada 1991 oleh sekumpulan usahawan Bumiputra yang prihatin kepada kemajuan dan penglibatan Bumiputra dalam industri berasaskan kayu serta berusaha memajukan persatuan ini secara lebih bersepadu.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke dua pada 1994, nama persatuan telah ditukar kepada Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia atau nama ringkasnya PEKA.

Keahlian PEKA terus bertambah dan mereka terdiri dari pengusaha pelbagai sektor seperti Pengilang Kayu, Pengeksport, Pembalak, Pengilang Perabot & Komponen, Pedagang Kayu & Perabot dan Pengendali Jeti serta Ahli Professional.

Peranan yang dimainkan PEKA semakin mendapat tempat dan pengiktirafan di kalangan badan kerajaan, agensi kerajaan, sektor awam, sektor swasta dan umum.

PEKA menjadi satu-satunya persatuan Bumiputra yang di iktiraf oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai pemayung perusahaan kayu-kayan dan menjadi ahli Lembaga Pengarah MTIB selain dari pelbagai Jawatankuasa yang diwujudkan untuk menjadi perantara serta memantau kepentingan Bumiputra keseluruhanya.

Selaras dengan perubahan polisi ekonomi sejagat dan persaingan yang semakin hebat, PEKA sentiasa menjana idea yang kreatif dan bersifat proaktif supaya Persatuan ini terus relevan dan dapat menjana kepentingan ahlinya serta sentiasa bekerjasama dengan semua agensi dan pelbagai pihak supaya hasrat penubuhanya terjaga

Tujuan Persatuan


  • Menyatupadukan pengusaha-pengusaha dan pedagang-pedagang kayu-kayan serta perabot Bumiputra untuk kepentingan dan faedah ekonomi orang-orang Bumiputra.
  • Memperjuang kepentingan Ahli-ahli dari segi undang-undang atau langkah-langkah yang berkaitan dengan perusahaan atau perniagaan.
  • Memberi pandangan dan gambaran serta cadangan kepada kerajaan dalam mencipta atau merangka rancangan-rancangan serta menyokong undang-undang dan peraturan-peraturan yang memberi kepentingan kepada Bumiputra di dalam apa sahaja undang-undang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan kayu-kayan.
  • Mengadakan hubungan rapat dengan pegawai-pegawai Kerajaan, Jabatan-jabatan Kerajaan serta Pertubuhan yang lain yang sah di segi undang-undang Malaysia yang memberi manfaat kepada Persatuan dan ahli-ahlinya.
  • Menerbitkan majalah-majalah atau risalah-risalah yang berkaitan dengan Perusahaan Kayu dan Perusahaan-perusahaan serta Perdagangan yang berasaskan kayu dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak yang berkaitan.
  • Mengurus aktiviti-aktiviti semua Ahli dan menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara Ahli-ahli jika diminta.
  • Mengambil tindakan yang difikirkan sesuai oleh Persatuan untuk menyatu, menyusun dan memperbaiki kemudahan-kemudahan untuk Bumiputra di dalam perusahaan perniagaan kayu-kayan.
  • Mengumpul, mendapat dan menyebarkan perangkaan dan lain-lain maklumat yang difikirkan sesuai yang bersangkutan dengan perniagaan dan lain-lain perusahaan kepada Ahli-ahlinya.
  • Mengadakan perhubungan dengan Persatuan-persatuan yang lain yang mempunyai tujuan yang sama atau hampir-hampir saman dengan Persatuan yang berasaskan kayu di Malaysia.
  • Membantu dan mewakili Ahli-ahli dalam perjuangan mengenai Perdagangan dan Perusahaan yang berasaskan kayu di Malaysia.
  • Menubuhkan atau membantu pertubuhan-pertubuhan, perbadanan-perbadanan, persatuan-persatuan, tabung-tabung biasiswa, amanah atau tabung-tabung lain untuk kebajikan.
  • Membeli, menjual, meminjam, mengadai, memajak, memiliki, menyewa dan membuat- lain-lain urusan bersangkutan dengan tanah-tanah atau saham-saham atau lain-lain harta.
  • Menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan dan perusahaan berasaskan kayu dan memberi pinjaman atau jaminan apa-apa pinjaman yang dibuat oleh syarikat yang ditubuhkan olehnya.
  • Menyediakan dan mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak bantuan kepakaran dan bidang pengurusan perusahaan dan perniagaan kayu-kayan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur bagi faedah Ahli-ahli.
  • Semua wang keuntungan yang di buat oleh Persatuan, hasil keuntungan dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan samada untuk melanjutkan tujuan-tujuan Persatuan ini dan tidak sebahagian pun dari wang atau keuntungan itu digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada Ahli Persatuan.  Sesungguhpun begitu, peruntukkan ini tidaklah menghalang sebarang bayaran yang di buat dengan tujuan baik untuk bayaran gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada seseorang Ahli atau pekerja Persatuan ini.




No comments:

Post a Comment