Tuesday 10 May 2016

Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah



Daripada Panduan Bestseller Rahsia Coklat Buatan Tangan.

"Ketahui Bagaimana Seorang Surirumah Memulakan Perniagaan Cupcake Dan Memperoleh Jualan Sehingga 3-4 Angka Sebulan Secara Part Time!"


Ramai wanita yang bekerja memasang impian untuk menjadi seorang surirumah dan melihat anak anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya. Ia adalah impian saya ketika masih bekerja beberapa tahun lepas.

Kini Anda Boleh Tukarkan Kreativiti Anda Kepada Duit dan Enjoy Dengan Apa Yang Anda Buat!

Petrol Dah Naik Harga, Elektrik Dah Naik Harga,Barang Semua Naik Harga. Anda kini perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga. Laburkan untuk ilmu, ia tidak akan merugikan anda.



Dari: Puan Shida
Tarikh: Rabu, 11 Mei, 2016.
RE: Perniagaan Cupcake Dari Rumah

Nama saya Nur Syahidah, dan saya merupakan antara surirumah yang mempunyai perniagaan dari rumah. Panduan Bisnes Cupcake ini merupakan CD panduan yang kedua yang kami hasilkan sebagai panduan buat surirumah yang ingin menambah pendapatan secara part time di rumah.

Produk pertama yang kami hasilkan ialah Rahsia Coklat Buatan Tangan telah terjual lebih dari 800 unit di tiga buah negara iaitu di Malaysia,Brunei dan Singapura. Dan mereka kini telahpun memulakan perniagaan mereka sendiri.

Ia adalah satu kejayaan yang cukup manis buat kami kerana berjaya melahirkan dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi bidang bakeri dari rumah.

Anda boleh lakukannya walaupun tanpa pengalaman...

Tak percaya? Ada pelanggan kami baru pertama kali membuat cupcake. Malah ia turut diceburi oleh lelaki. Kini, lelaki pun meminati bidang masakan. Jadi anda tidak memberi sebarang alasan lagi...







Malah Ia Memberi Keceriaan Kepada Yang Tersayang

Bagi mereka yang sudah mempunyai asas membuat kek. Ia adalah satu penambahan kemahiran dan memberikaan keceriaan kepada yang tersayang. Krim yang kami tunjukkan dijadikan sebagai jem untuk memakan roti.

Pasti ia cukup sedap sehingga dijadikan sebagai jem. :)



Ada Yang Sudah Menjadi Satu Pendapatan Yang Cukup Lumayan

Ramai daripada pelanggan kami yang sudah mula berniaga untuk menambah pendapatan dari rumah. Mereka ini benar benar ingin berjaya dan berusaha ke arahnya.

Sesiapa sahaja boleh melakukannya jika anda mahukannya.


Salam akak, Saya lin dari Kuantan. Kalau senang minta akak buka www.qilacupcakes.blogspot.com. Dalam tu, semua hasil dari ebook akak. Terima kasih diatas tunjuk ajar. Buat masa ni dah banyak tempahan dari kawan-kawan. Memang sedap cupcake akak..


Nor Hazralin binti A Ghapar
www.qilacupcakes.blogspot.com





Sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes mereka sendiri.Ia memerlukan minat dan keazaman dan sikap berani mencuba. Bisnes ini boleh dilakukan secara part time bagi menambah pendapatan keluarga.

Bermula Secara Kecil Kecilan

Saya bermula dengan kecil kecilan dengan oven yang kecil untuk membuat kek dan cupcake yang ditempah oleh pelanggan kami. Berbekalkan buku resepi lama yang ditulis ibu saya,perniagaan kami merangkak perlahan lahan.

Dengan buku resepi berkenaan, saya mengubahsuai resepi menjadi satu resepi yang tersendiri. Ada juga resepi yang diambil daripada buku dan internet untuk diuji. Jika ia benar benar sedap, barulah ia dijual kepada pelanggan.



Oven Pensonic Yang Banyak Berjasa

Dengan berbekalkan dengan modal beberapa ratus ringgit,perniagaan saya kini semakin berkembang dengan pelbagai kemudahan seperti bengkel, mixer,oven industri,chiller dan banyak lagi dengan nilai lebih dari RM20,000.





Antara Cupcake Tempahan Pelanggan Kami

Ia adalah hasil daripada jualan produk yang dihasilkan di rumah dan antaranya ialah cupcake atau kek cawan yang mendapat sambutan daripada penduduk sekitar. Saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman walaupun pernah ditawarkan oleh pihak bank. Ya. Bank sendiri yang menawarkan pinjaman kepada kami.

Saya yakin perniagaan masih boleh berkembang walaupun tanpa pinjaman atau bantuan daripada sesiapa. Yang penting ialah kami perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memasarkan produk kami. Kami berjaya melakukannya.

Tekad Untuk Berhenti Kerja

Sebelum memulakan perniagaan ini, saya bekerja sebagai Eksekutif sebuah pasaraya besar di Taiping. Setelah mengandung,saya mengalami pendarahan ketika mengandung menyebabkan saya bertekad untuk berhenti kerja demi kandungan yang semakin membesar.



Saya bersama Puteri Kesayangan Kami,Nur Aisyah Adlina

Dengan bebanan kerja di pasaraya, saya mungkin akan mengalami keguguran jika terus bekerja di pasaraya. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung di Kuala Kangsar.

Bermula dengan membuat cupcake untuk perkahwinan sepupu, ia mencetuskan minat pada bidang bakeri. (Sebelum itupun sememangnya meminati bidang masakan, mungkin sebab keturunan kot).

Setelah bersalin, saya mula mempromosikan cupcake, coklat dan kek yang dihasilkan dengan mengedarkan fliers dan bunting di sekitar taman berdekatan dengan kampung. Hasilnya tempahan mula diterima sedikit demi sedikit.

Facebook Dan Internet Sebagai Medium Pemasaran

Dengan mengunakan internet, kami mengunakan teknologi ini sepenuhnya. Ia tidak melibatkan sebarang kos. Jadi kami tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk pemasaran di internet pada permulaannya. Tugasan pemasaran di internet ini diserahkan kepada suami yang mempunyai pengalaman dalam bidang ICT sebelum ini.

Jadi dalam panduan ini, beliau menunjukkan beberapa cara yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda di internet dengan percuma sahaja.

Memperkenalkan



CD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah

Di dalam CD ini, saya akan menunjukkan bagaimanakah untuk anda memulakan perniagaan cupcake atau kek cawan dari rumah. Malah saya juga menunjukkan bagaimanakah pembuatan cupcake dilakukan menerusi video langkah demi langkah.

Anda boleh buat cupcake walaupun tidak menghadiri sebarang kursus atau latihan. Dengan produk kami anda hanya perlu menontonnya dan membuat cupcake anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak membuat kek cawan anda sendiri samada untuk perkahwinan anda ataupun untuk perniagaaan. Buat cupcake tidaklah sesukar mana.

Lihat apa yang kami tawarkan dalam CD Buat Cupcake ini. Ia adalah pelaburan sekali untuk ilmu yang kekal selama lamanya.


Video #1 Membuat Cupcake



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk membuat dan membakar cup cake.

Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang saya gunakan untuk membuat cupcake.

Tips untuk membuat cupcake.

Apa yang perlu anda sebelum membuat sebarang dekorasi.



Tempah Sekarang



Video #2 Membuat Krim Icing



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk membuat krim icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.

Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang saya gunakan untuk membuat krim icing.

Tips untuk membuat krim icing.

Krim adalah antara bahan penting dalam dekorasi cupcake atau kek. Jika anda tersilap, krim yang anda buat mungkin tidak tahan lama dan mudah cair.

Dapatkan Sekarang



Video #3 Mewarnakan Krim Icing



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk mewarnakan krim atau icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.

Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk mewarnakan icing.

Anda juga boleh membuat pelbagai kombinasi warna menerusi panduan yang dihasilkan .

Dengan krim yang pelbagai warna, ia akan membuatkan cupcake yang anda hasilkan lebih cantik dan menarik. Inilah yang menjadi faktor penarik.

Dapatkan Sekarang!



Video #4 Membuat Bunga Daripada Krim Icing



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk membuat bunga daripada krim icing untuk dekorasi kek dan juga cupcake.

Anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menghasilkan bunga daripada krim icing.

Anda akan ditunjukkan apakah peralatan dan nozzle yang akan anda gunakan untuk membuat bunga cupcake.

Tips untuk membuat krim icing.

Dengan adanya bunga krim, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli bunga untuk dijadikan hiasan pada kek dan juga cupcake.

Dengannya anda boleh menghasilkan bunga krim dengan pelbagai warna.

Dapatkan Sekarang!



Video #5 Membuat Fondant Huruf



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk membuat fondant berbentuk huruf untuk dekorasi kek dan juga cupcake. Ia digunakan untuk ucapan pada kek dan juga cupcake.

Anda akan ditunjukkan apakah resepi yang saya gunakan untuk membuat fondant.

Tips dan panduan untuk membuat fondant.

Anda tidak perlu membeli ready made fondant untuk membuat huruf. Ianya mahal dan pasti akan meningkatkan kos anda untuk membuat cupcake atau kek.

Sesetengah ready made fondant sangat lembik dan sukar untuk dikendalikan. Malah ada diantaranya sukar untuk dibentukkkan.

Dapatkan Sekarang



4 Video Membuat Dekorasi Cupcake



Dalam video ini saya menunjukkan bagaimanakah untuk membuat dekorasi krim icing untuk cupcake anda dengan mengunakan pelbagai jenis nozzle. Saya pecahkan kepada 4 agar memudahkan anda menontonnya dengan lebih relax.

Anda akan ditunjukkan bagaimana mengunakan pelbagai nozzle.

Tips untuk membuat dekorasi cupcake.

Dekorasi adalah faktor penting untuk menjadikan cupcake yang dihasilkan oleh anda menarik dan cantik. Tanpa dekorasi, cupcake tidak berseri dan mungkin tidak menarik minat orang untuk menempah daripada anda.

Ia adalah asas dalam penggunaan nozzle. Anda masih perlu banyak berlatih dalam mengunakan nozzle untuk menghasilkan dekorasi yang menarik dan cantik.

Dapatkan Sekarang



Resepi Cupcake dan Krim Icing



Dalam ebook ini saya kongsikan resepi cupcake dan juga krim icing yang boleh anda gunakan untuk bisnes anda kelak. Terdapat beberapa resepi diberikan dan mempunyai fungsi yang tersendiri.

Anda anda boleh gunakan resepi-resepi ini selain yang ditunjukkan di dalam video.

Setiap satu resepi berkenaan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Anda boleh mencuba pelbagai resepi cupcake atau kek cawan dan krim icing untuk perniagaan anda. Pilih yang terbaik dan yang paling disukai oleh pelanggan anda.

Anda juga boleh mempelbagaikan kek cawan anda mengunakan resepi resepi cupcake dan krim ini.

p/s: Ia adalah ebook, bukan buku bercetak.



Panduan Pemasaran Cupcake Online



Dalam ebook ini anda akan ditunjukkan bagaimanakah untuk melakukan pemasaran di internet. Kaedah yang yang ditunjukkan adalah mudah untuk anda ikuti.

Anda boleh membuat promosi percuma menerusi Facebook wall, fanpage dan blog anda.

Terdapat tips penting untuk anda mempromosikan di sekitar anda.

Promosi yang dilakukan fokus kepada pelanggan disekitar anda sahaja. Cupcake tidak boleh dipos kerana krimnya akan cair pada suhu tinggi. Malah ia tidak boleh diterbalikkan.

Dengan mengunakan internet, anda boleh memperkenalkan perniagaan anda di internet seperti menerusi Facebook, blog dan media sosial yang lain.

p/s: Ia juga adalah ebook, bukan buku bercetak.



Soal Jawab Perniagaan Cupcake



Dalam ebook ini anda akan menjawab semua persoalan yang diajukan oleh pelanggan sebelum ini. Ia adalah kompilasi soalan dan jawapan berkenaan perkara teknikal Buatcupcake.com, pembuatan cup cake dan juga pemasaran cupcake.

Ia akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda akan dimaklumkan jika ada kemaskini baru dimasukkan.

Terdapat soalan dan jawapan penting yang perlu anda tahu di dalamnya.

Seperti produk kami yang lain, ia akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda akan mendapatnya secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran tambahan.

p/s: Ia juga adalah ebook, bukan buku bercetak.




Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Panduan Ini?

Anda tidak perlu untuk ke kelas untuk belajar membuat cupcake. Ia menjimat kos anda!

Ia ditunjukkan dalam bentuk video. Anda boleh memasangnya di komputer dan menontonnya berulang kali jika anda mahu.

 Anda boleh memulakan perniagaan cupcake anda dengan segera.

 Anda boleh bertanya jika berlaku sebarang masalah. Ini tidak akan diperolehi jika anda menyertai kursus.

Bayangkan anda sudah memulakan perniagaan ini dan mula menerima tempahan. Ia pasti akan membantu keluarga anda dengan tambahan pendapatan hasil daripada bisnes anda dari rumah ini. Jika anda sudah mempunyai perniagaan, anda boleh mempelbagikannya dengan resepi perniagaan kami ini.

Tempah Sekarang!!

Anda tidak perlu berhenti kerja untuk memulakannya, anda boleh melakukan perniagaan ini pada malam hari secara separuh masa. Cupcake yang telah siap didekorasi boleh disimpan di dalam peti sejuk sebelum diserahkan kepada pelanggan anda.

Anda boleh membuat beberapa hari sebelum tempahan berkenaan diambil. Atau anda boleh menyediakan perkhidmatan delivery terus ke alamat pelanggan anda.

Ini akan menjadi satu nilai tambah kepada pelanggan anda. Saya pasti mereka pasti akan menyukainya.

Siapa yang perlu mendapatkannya?

 Surirumah

Mereka yang berkerja yang ingin menambah pendapatan

Mereka yang meminati bidang bakeri.

Graduan menganggur yang masih mencari pekerjaan.

Mereka yang bakal berkahwin. (Buat sendiri hantaran)

Sesiapa yang berminat...

Dengan CD ini, anda akan didedahkan dengan dunia pembuatan kek dan cupcake yang lumayan.

Oklah Puan Shida... saya sudah yakin sekarang jadi berapa yang harus saya laburkan untuk miliki pakej video ini...???

Anda boleh membaca pelbagai buku berkenaan cupcake atau kek cawan yang anda dipasaran, ia tidak akan sama dengan apa yang bakal anda beli ini. Anda akan menerima panduan dan juga resepi yang kami gunakan dalam perniagaan. Ia sudah diubahsuai dan diminati oleh pelanggan kami sebelum ini.

Anda juga akan mendapat khidmat consultasi daripada saya untuk memulakan bisnes anda sendiri.

Sebelum saya umumkan nilai yang perlu anda labur satu perkara yang perlu anda ingat bahawa ilmu yang bakal anda perolehi ini bukan ilmu murahan tetapi ilmu sebenar yang dibuktikan keberkesanannya.

Pada awalnya saya bercadang untuk meletakkan nilai sebanyak :


RM150



Ia adalah antara harga yang biasa saya tawarkan untuk produk-produk saya kerana ia melibatkan konsultasi,namun kali ini saya rasakan saya tidak mahu nilai yang saya letakkan menjadi bebanan buat anda oleh itu saya nilai tersebut saya turunkan menjadi...

*RM90

Tawaran Harga ini Sudah Tamat

Setelah difikirkan semasak-masaknya,saya ingin menghasilkan lebih ramai usahawan dengan panduan ini sebagaimana panduan coklat buatan tangan terbitan kami sebelum ini, saya meletakkan harga pada.

Kini harga CD ini adalah...

*RM100 Sahaja

*Tawaran harga ini terhad untuk 100 50 10 orang sahaja pada hari ini. Bertindak segera sebelum ia dinaikkan lagi!



Kos penghantaran Percuma ke mana mana negeri di Malaysia.Bagi pembeli daripada Brunei dan Singapura, anda akan diberikan versi download sahaja.

Sudah lebih 1316 orang telah mendapatkan CD ini sejak 1 Mac 2012. Kami masih ingin membuka peluang ini kepada lebih ramai mereka yang berminat dengan cupcake di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Ya. Pelanggan kami daripada 3 negara setakat ini. Dan ia terbukti banyak membantu mereka yang pertama kali dalam pembuatan kek dan juga cupcake.

Anda boleh lihat kejayaan pelanggan-pelanggan kami dibawah.

Mungkin hasil kerja anda pula akan berada di laman web ini selepas ini.

Dapatkan Sekarang!



Klik Sini Untuk Beli CD


PERHATIAN

Ilustrasi buku diatas bukannya buku bercetak. Ia adalah ebook atau electronic book dalam format pdf. Anda boleh membuka fail ini mengunakan perisian percuma Adobe Reader atau Foxit Reader.
Bayaran pos adalah PERCUMA. Jadi kos penghantaran bagi CD ini akan ditanggung oleh pihak kami.

Dengan CD ini, anda boleh belajar walaupun tidak menghadiri sebarang kursus.Malah ia menjimatkan wang anda kerana kebiasaannya kursus pembuatan cupcake berharga sekurang kurangnya RM200++ bagi setiap sesi.

Dengan hanya RM100, anda boleh belajar perkara yang sama yang anda akan pelajari menerusi kursus bakeri atau pembuatan cupcake. Ia menjimatkan duit anda.

Betul ke boleh belajar dari CD je. Boleh buktikan?

Ini adalah testimoni sebenar daripada pelanggan yang kami perolehi setakat ini. Ia adalah testimoni sebenar,bukan dibuat buat untuk menarik minat anda.

2 comments:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete